Tuesday, February 17, 2009

Dialog Dua Hantu

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi


Bos Yang Baek Hati

Seorang boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada hari nie..Sesiapa yang nak minta balik lima jam lebih awal hari nie dia kasitapi alasannya mestilah munasabah. Haaaa!!alasannya mestilah pasal sembahyang ajer ye! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang mintak balik awal..

Pekerja 1 : A'salam Boss, boleh saya pulang? Saya balik nak sembahyang kat rumah boss, leh tak?Boss : Tak boleh!!!Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi, lagi banyak pahalanya..!

Pekerja 2 : Saya boleh balik awai kut Boss?
Bosss : Hang apa pasai:
Pekerja 2 : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang zohor ker tak?Ntah-ntah dia ponteng?Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

Pekerja 3: Salam Boss!
Boss: Ha? pasal pulak ni?Nak balik awal gak ker?
Pekerja 3 : Errrrr!!Yer boss, boss baik!!he..heee!
Boss: Alasan apa lak ngko nie?
Pekerja 3 : Saya nak balik sembahyang orang mati.. Ada orang kampung saya meninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah…!Boleh kut boss yer pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!!Itu fardzu kifayah jer!Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!!Dah!Pergi buatkerja..

Pekerja 4: A'kum Boss! Saya nak balik awal boleh tak ari nie?
Boss : Naper?
Pekerja 4 : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss: Yer ker? Ha! Kalu gitu awak baliklah…Kesian awak dah seminggu nunggu!!!
Pekerja 4 : Ima Acih Boss!!!Heee..hee

Ini ada satu cerita dari seorang kawan yang bekerja di Petronas Twin Tower.

Ini ada satu cerita dari seorang kawan yang bekerja di Petronas Twin Tower.

Last week kawan saya ni balik lewat kerana nak ensure that servers dan PCs di office dia tak kena attack oleh CIH virus. Dia pulang dari pejabat kira-kira pukul 11.00 p.m. Dia bekerja ditingkat 8 bagunan itu dan hendak turun ke groundfloor. Bila dia masuk lift dia tekan G, lift itu tidak turun malahan naik dan berhenti di tingkat 35. Bila sampai ditingkat 35 pintu lift itu terbuka dan masuklah saorang gadis yang amat jelita. Dia tidak pernah lihat gadis sejelita itu. Kulitnya putih dan rambut ikar mayang serta berbau sangat wangi. Kawan saya ini berdiri dekat dengan pintu lift dan gadis itu berjalan terus kebelakang lift. Sejurus kemudian lift itu pun turun.

Ketika lift itu sedang turun kawan saya ini menikmatilah bau wangi gadis itu. Tetapi tidak lama kemudian lift itu berhenti dan lampu padam kerana black-out. Dia pun meraba-raba mencari butang loceng kecemasan lift itu. Ketika dia sedang maraba-raba itu tiba-tiba dia berbau suatu bau yang amat busuk.

Dalam kegelapan itu kawan saya itu terfikir macam-macam yang amat menyeramkan sehingga keseluruh bulu roma dibadannya berdiri. Lututnya pun makin lemah dan berbagai perkara bergeligar diotaknya. Teringat dia akan keluarganya dirumah dan sebagainya. Peluh dibadan sudah pun keluar dan kepala pun berpinar serasa akan pitam. Bau busuk itu maseh ada. Dalam kegelapan dan kesunyian itu dia rasa masa berjalan amat lambat sekali. Tiba-tiba lampu bernyala kembali dan lift pun berjalan semula menuju ke ground floor. Dengan rasa penuh cemas dan takut dia menoleh kebelakang untuk melihat samaada lembaga itu maseh ada atau tidak. Rupa-rupanya gadis itu maseh ada dan kali ini gadis itu tersenyum padanya hingga ternampak gigi-giginya yang amat cantek sambil berkata "I'm sorry, tadi I terkentut".

Rate My Blog


Monday, February 16, 2009

Shadow Word generated at Pimp-My-Profile.com



ShoutMix chat widget